11 November 2017

Dapat "cashback" menggunakan aplikasi ShopBack!

Hai semua, rasanya sudah bertahun tidak kemas kini di ruangan blog ini. Semenjak sudah mula memasuki alam pekerjaan, memang sibuk sungguh sampaikan saya sendiri lupa untuk makan (ok yang ni hanya propa).


Seperti sudah diketahui oleh orang ramai, bermula 11 November 17 ada pelbagai jualan murah rata-ratanya dari dalam talian. Paling digemari oleh orang ramai sudah tentulah dari laman Lazada, 11 Street, Zalora dan pelbagai lagi. Di kesempatan ini, ramai pengguna yang berpusu ke laman sesawang berikut untuk membeli barang sama ada untuk memenuhi keperluan ataupun sekadar nafsu masing-masing (sila terasa).


ShopBack
ShopBack


Pada akhir bulan lepas, rakan penulis ada memperkenalkan satu aplikasi baharu yang bernama ShopBack. Ringkasannya aplikasi ini akan memberi pulangan tunai kepada pengguna yang membeli belah menggunakan aplikasi tersebut. Terdapat perlbagai pilihan pengguna untuk memilih laman membeli belah yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Berikut ialah contoh-contoh laman yang terlibat:


Senarai yang tersedia di aplikasi ShopBack
Senarai yang tersedia di aplikasi ShopBack


Nampak tak berapa peratus pulangan tunai yang diberikan? Banyak kan? Cara pengiraannya amat mudah, seperti contoh saya membeli suatu barangan di Lazada sebanyak RM100, dan pada ketika itu kadar pulangan tunai sebanyak 10%, saya akan dapat semula pulangan RM10 ke dalam akaun ShopBack. Jumlah pulangan tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun bank saya. Saya juga difahamkan bahawa tiada had dalam mendapatkan pulangan tunai dari menggunakan aplikasi ini.


Tambah nilai Umobile di Lazada
Tambah nilai Umobile di Lazada


Info pulangan tunai di aplikasi ShopBack
Info pulangan tunai di aplikasi ShopBack


Gambar di atas adalah bukti saya membeli tambah nilai Umobile bernilai RM50 pada bulan lepas di laman Lazada. Pada ketika itu Lazada ada memberikan diskaun 5% kepada pembeli tambah nilai. Jadi saya sebagai pembeli berpeluang mendapat diskaun sebanyak RM2.50 (terima kasih Lazada). Tambahan pula saya membeli di Lazada menggunakan aplikasi ShopBack, saya dibelanja pula sebanyak RM0.95 serta bonus RM5 daripada ShopBack (terima kasih ShopBack). Jadi keseluruhan duit yang saya belanja untuk nilai RM50 tersebut hanyalah sebanyak RM41.55. Bayangkan berapa banyak yang boleh kita jimat jika membeli tambah nilai pada setiap bulan? Ini baru satu barangan, belum lagi membeli jenis barangan yang lain.


Syaratnya sangat mudah, anda perlu daftar di ShopBack sahaja dan perlu membeli belah dengan menggunakan aplikasi tersebut. Rezeki pembaca di laman ini, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menggunakan pautan ini, dan dapatkan diskaun pertama anda berjumlah RM5! Anda perlu ingat, tanpa menggunakan aplikasi tersebut ketika membeli belah tidak akan memberikan ganjaran pulangan tunai kepada pembeli. Tiada sebarang yuran dikenakan untuk mendaftar di ShopBack.


Selamat berbelanja!